Back To All

Apr 06, 2026 9PM

Logo halal berwarna kembali jadi sorotan susulan isu SPHM ditarik

Seorang pempengaruh media sosial yang juga bekas guru Matematik, Mohd Fadli Salleh menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mengkaji semula skema logo halal yang dicadangkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada 2017.

 

Beliau berkata demikian ketika isu Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dua syarikat ditarik Jakim baru-baru ini susulan didapati menggunakan berus yang dipercayai mengandungi bulu babi untuk membersihkan peralatan menjadi sorotan umum.

 

“Harap kali ni Jakim luluskan kempen tukar logo Halal mengikut warna ni. Memudahkan umat Islam membeli tanpa was-was.

 

“Ramai rakyat sokong cara ini, memudahkan kenal barang makanan dan minuman benar-benar milik Muslim,” katanya di media sosial.

 

Menurut Mohd Fadli, kempen tersebut mendapat sokongan meluas daripada rakyat ketika ia diperkenalkan, sekali gus menimbulkan persoalan mengapa cadangan itu tidak diteruskan.


kredit foto PPIM 


Justeru, beliau berharap agar pihak berwajib, khususnya Jakim dapat mempertimbangkan semula cadangan berkenaan bagi memudahkan pengguna membuat pilihan.


“Tak pasti kenapa mereka tolak Kempen Tukar Logo Halal ikut warna yang dibawa oleh PPIM dulu. 

 

“Untuk memudahkan rakyat membuat pilihan terbaik, harap sangat Jakim tukar warna logo halal.

 

“Maklumlah, mereka guna jenama Islamik untuk tarik pelanggan Muslim. Contohnya Cap Masjid, Pau Ahmad, Kopi Cikgu dan sebagainya. Kita ingat produk milik Muslim tapi bukan,” katanya. 

 

Media ketika itu melaporkan, PPIM telah menyarankan mekanisme pemberian sijil halal dan penjenamaan produk Islam oleh syarikat bukan Islam dikaji semula.

 

Bagaimanapun, PPIM menafikan pendekatan yang dibawa bertujuan membangkitkan isu sensitiviti perkauman, sebaliknya lebih menjurus kepada usaha memperjelas dan memudahkan kefahaman pengguna.

 

Tambahnya, saranan itu lebih menjurus kepada keperluan tuntutan dalam Islam yang menyarankan umat Islam agar mencari perkara yang halal lagi baik atau halalan toyyiban.

 

Untuk rekod, skema warna hijau melambangkan perniagaan yang dimiliki 100 peratus oleh orang Islam, warna kuning; usaha sama antara orang Islam dan bukan Islam, dan warna pink; perniagaan yang masing-masing dimiliki 100 peratus oleh orang bukan Islam.

 

Hasil semakan pada November 2023 mendapati laman sesawang PPIM menyiarkan jawapan JAKIM yang berpandangan bahawa penggunaan logo halal berwarna adalah tidak perlu, memandangkan satu logo standard sudah memadai untuk memastikan kejelasan, kemudahan dan keseragaman bagi pengguna serta perniagaan.



Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

07 Apr 2026

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

05:53

mosque
imsak

Imsak

05:53:00

fajr

Fajr

06:03:00

syuruk

Syuruk

07:10:00

dhuhr

Dhuhr

13:18:00

asr

Asr

16:24:00

maghrib

Maghrib

19:22:00

isha

Isha

20:32:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase